Thursday, July 29, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR




Pada 28 hb Julai, 2010 (Rabu) baru-baru ini, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Destinasinya adalah Petrosains dan Zoo Negara. Seramai 5 orang guru, 3 orang PPM dan 36 orang murid prasekolah yang terlibat.















                                    Wajah ceria yang tak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan.....

Beratur sebelum masuk ke dalam Petrosains
Cuba menghasilkan buih dengan menggunakan pelbagai medium.

Menguji kepantasan membaling bola ke sasaran.
Mia dipanggil naik ke pentas.
'Passing the slime game'.

 Berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke Zoo Negara.


 Cikgu-cikgu dan PPM pun nak posing jugak.....

Bersedia untuk balik.....


Alahai.....lentok habis.
Masing-masing kepenatan.






KURSUS LITERASI ICT GURU PRASEKOLAH

Pada 13-15 Julai 2010 yang lepas, dua orang guru prasekolah SK Kalumpang iaitu Pn. Norma dan Pn. Norazila telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Guru-guru Prasekolah (Kumpulan 5 & 6) di Hotel Empress, Sepang.

          Pengisian kursus adalah bertumpu kepada cara-cara membina powerpoint interaktif yang boleh digunakan oleh murid-murid prasekolah dalam sesi p/p dan cara-cara mengakses internet untuk mencari video, imej, audio dan lain-lain aplikasi yang bersesuaian. Sememangnya kursus ini amat berguna sejajar dengan ledakan ICT masa kini.

          Kursus tersebut dirasmi Tuan Pengarah JPNS iaitu Encik Sulaiman bin Wak. Pada waktu tersebut juga Blog Prasekolah Negeri Selangor  dilancarkan.