Tuesday, August 24, 2010

BULAN KEMERDEKAAN

Banner "KAMI ANAK MALAYSIA"

Bergambar kenangan dengan banner.

Sedang mengecop tangan
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, murid-murid prasekolah tidak ketinggalan mengadakan aktiviti. Antaranya ialah membuat banner "KAMI ANAK MALAYSAI" yang mempunyai cop tangan kesemua murid pra. Beberapa aktiviti lain akan menyusul.

LAWATAN KEDUA JURURAWAT GIGI

Gosok Danish, jangan tak gosok.

Sobirah menunjukkan cara memberus yang  betul.
Pada 13 Ogos yang lepas, jururawat gigi telah mengadakan lawatan susulan kedua. Murid-murid diuji agar menunjukkan cara-cara memberus gigi menggunakan model gigi yang besar tu. Alhamdulillah, hampir kesemuanya dapat membuatnya dengan betul.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kami warga Prasekolah SK Kalumpang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua rakyat Malaysia. Semoga ibadah kita diberkati oleh-Nya. AMIN.....

SAMBUTAN HARI JADI

Sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadhan, beberapa orang murid prasekolah telah menyumbangkan beberapa biji kek untuk dimakan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.


Ustz. Maszilah, Cikgu Masitah dan birthday kids...

Wajah ceria Haziq, Aliff, Raemy, Wafiah dan Amalia. Eh! Eh! Nabil mana????
Nabil di sini lah......
   


TEMA PEKERJAAN

Bersesuaian dengan tema pekerjaan minggu lepas dan minggu ini, murid-murid diberi peluang untuk memakai pelbagai jenis pakaian beruniform. Bukan main seronoknya mereka apabila memakai pakaian-pakaian tersebut.

Monday, August 2, 2010

MINGGU 3K SK KALUMPANG

Pemenang Kelas Pra Seroja

Pemenang Kelas Pra Anggerik

Pemenang Kelas Pra Dahlia
Pada 19-23 Julai yang lepas, SK Kalumpang telah mengadakan Minggu 3K (Keceriaan, Keselamatan dan Kebersihan). Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan mewarna, ceramah keselamatan dan fire drill. Pada hari ini iaitu Isnin, 2 Ogos 2010 penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna.

WARGA PRA SEROJA, PRA DAHLIA DAN PRA ANGGERIK.

Kelas Pra Seroja

Kelas Pra Dahlia
Kelas Pra Anggerik

Inilah wajah-wajah warga Prasekolah SK Kalumpang.