Friday, October 15, 2010

BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010

Guru-guru pengiring dan wakil-wakil daerah Hulu Selangor bergambar bersama En. Mohd Zaki b. Yusof

Nasreen Sobirah (kiri) bersama kawan barunya, Insyirah (Pra SK Sg. Buaya)

Pada 6-8 Oktober yang lalu, seorang murid prasekolah SK Kalumpang iaitu Nasreen Sobirah telah mewakili daerah Hulu Selangor bersama-sama dengan 9 orang murid daripada beberapa sekolah di Hulu Selangor. Pn. Norma juga telah dipilih sebagai seorang daripada 5 orang guru pengiring.

Pasukan Bahasa Melayu menerima kata-kata perangsang daripada guru pengiring.

English Team waiting for their turn.
 Setiap daerah diwakili oleh 10 orang murid, dibahagi kepada 2 pasukan iaitu Pasukan Bahasa Malaysia dan Pasukan Bahasa Inggeris dengan syarat wajibnya setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid bukan melayu dan 3 orang murid melayu atau bumiputera.

Pn. Norma mewakili daerah Hulu Selangor menerima sijil penyertaan.
 Walaupun daerah Hulu Selangor tidak mendapat tempat tiga teratas namun penglibatan dalam aktiviti ini telah memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada murid-murid yang terlibat serta guru-guru pengiring. Murid-murid kita juga telah menunjukkan penglibatan yang aktif semasa program tersebut dijalankan. Program Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Selangor 2010 telah dimenangi oleh daerah Petaling Perdana (pertama), Kuala Selangor (kedua) dan Sepang (ketiga). Daerah Hulu Selangor berkongsi tempat dengan Petaling Utama. SEMOGA HULU SELANGOR AKAN LEBIH CEMERLANG TAHUN HADAPAN....INSYALLAH.