Pada 13-15 Julai 2010 yang lepas, dua orang guru prasekolah SK Kalumpang iaitu Pn. Norma dan Pn. Norazila telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Guru-guru Prasekolah (Kumpulan 5 & 6) di Hotel Empress, Sepang.
Pengisian kursus adalah bertumpu kepada cara-cara membina powerpoint interaktif yang boleh digunakan oleh murid-murid prasekolah dalam sesi p/p dan cara-cara mengakses internet untuk mencari video, imej, audio dan lain-lain aplikasi yang bersesuaian. Sememangnya kursus ini amat berguna sejajar dengan ledakan ICT masa kini.
Kursus tersebut dirasmi Tuan Pengarah JPNS iaitu Encik Sulaiman bin Wak. Pada waktu tersebut juga Blog Prasekolah Negeri Selangor dilancarkan.
No comments:
Post a Comment