Saturday, November 5, 2011

SYOKNYA MAIN AIR

Bestnya...bila masa lagi nak mandi.
Kolam kecil tak apa...Janji boleh mandi.
Mandilah....bukan selalu.
Passing belon
Sambut belon tu.....
Acara sambut belon atas kepala
11.10.2011 (Selasa) murid-murid Prasekolah SK Kalumpang telah membuat aktiviti bertemakan air. Aktiviti ini dilakukan setahun sekali bagi memberi keseronokan kepada murid-murid prasekolah setelah hampir setahun bersekolah. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka dan mandi kolam.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2011

Posing....
Abang Shahdan bermain silap mata.
Menonton persembahan Sains.
Berkesempatan ke pameran dinasour.

Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur pada 16 Julai 2011 (Khamis). Rombongan kali ini disertai oleh seramai 37 orang murid prasekolah dan 7 orang guru pengiring.Kami telah bertolak pada jam 7.30 pagi menuju destinasi pertama iaitu Pusat Sains Negara. Pada pukul 2.30 petang pula kami bertolak ke Zoo Negara. Lebih kurang pada pukul 7.00 petang kamipun tiba di perkarangan SK Kalumpang. Murid-murid seronok dan teruja dengan lawatan ini terutamanya yang baru pertama kali menyertainya.

Sunday, July 17, 2011

LAWATAN JURURAWAT PERGIGIAN

Murid-murid pra sedang tekun mendengar ceramah tentang pergigian.
Shah dan Aqillah menunjukkan bakat berlakon.
Husnina dan Adam juga pandai berlakon.
Tunjuk cara memberus gigi dengan betul
Pada 01.07.2011 jururawat pergigian telahpun mengadakan lawatan lanjutan kali kedua bagi memastikan murid-murid prasekolah menjaga kebersihan gigi seperti yang telah diterangkan pada lawatan kali pertama.

SAMBUTAN HARI JADI APRIL-JULAI 2011

Majlis sambutan hari jadi berkonsepkan open air
Birthday boys and girls with their cakes
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar (En. Suhaimi), GPK HEM (En. Rusli) dan GPK Koku (Tn. Hj. Hamdan) kerana sudi hadir ke majlis hari jadi prasekolah.
Pada 30.06.2011 sambutan hari jadi untuk murid-murid prasekolah daripada ketiga-tiga kelas diadakan bagi mereka yang menyambut hari jadi pada bulan April hingga Julai. Walaupun sederhana namun murid-murid semuanya seronok apabila sama-sama dapat meraikan bersama rakan-rakan sebaya. Sama-samalah kita berdoa agar murid-murid yang dirai akan menjadi anak yang soleh dan solehah, berjayadi dunia dan di akhirat serta menjadi insan yang disegani apabila dewasa kelak. Amin.....

Friday, April 15, 2011

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SK KALUMPANG 2011


Tanggal 14.04.2011 (Khamis), Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan Sukan Tahunnya. Pelbagai acara diadakan seperti larian 50m (lelaki dan  perempuan), 50x4m (lelaki, perempuan dan campuran), 25mx4 (lelaki, perempuan dan campuran) dan empat acara sukaneka. Alhamdulilah, Hari Sukan Prasekolah SK Kalumpang berjalan dengan lancar walaupun pada awal paginya hujan namun selepas pukul 8.00 pagi cuaca terus cerah sebgai tanda menyokong aktiviti ini.
            Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah atas sokongan yang diberikan, guru-guru dan AJK Pelaksana kerana menjalankan tugas dengan cemerlang dan ibu bapa-ibu bapa atas sumbangan yang diberikan.

Tuesday, February 22, 2011

LATIHAN SUKANEKA

Bagi elok-elok ye Azlin. Jangan jatuhkan... Kerjasama dan kesefahaman adalah penting dalam kerja berpasukan.
Acara sukaneka mampu meningkatkan keyakinan diri murid untuk mencuba walaupun pada mulanya takut untuk mencuba.
Sabar menunggu giliran.
Acara melontar pundi kacang ke dalam bakul.

Warming up sebelum latihan sukaneka.
Latihan sukaneka murid-murid prasekolah SK Kalumpang telahpun bermula. Dalam setiap sukaneka dimasukkan kemahiran-kemahiran tertentu contohnya membaling pundi kacang ke dalam bakul, membawa bola di atas kon dan leret bola dengan gelung. Di samping itu acara-acara larian juga diadakan seperti lari 50m, lari 25m berganti-ganti dan lain-lain lagi.

HARI JADI NAZIRATUL

Naziratul the birthday girl
Mmm.... sedapnya kek Naziratul.
Rakan-rakan sekelas menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You'
Selamat hari jadi yang ke 5 tahun kepada Naziratul pada tanggal 22 Februari 2011. Semoga berjaya dalam pelajaran serta menjadi anak yang solehah. Terima kasih kepada ibu bapa Naziratul atas sumbangan kek harijadi dan makanan kepada murid-murid Pra Dahlia.