Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

SAMBUTAN HARI JADI APRIL-JULAI 2011

Majlis sambutan hari jadi berkonsepkan open air
Birthday boys and girls with their cakes
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar (En. Suhaimi), GPK HEM (En. Rusli) dan GPK Koku (Tn. Hj. Hamdan) kerana sudi hadir ke majlis hari jadi prasekolah.
Pada 30.06.2011 sambutan hari jadi untuk murid-murid prasekolah daripada ketiga-tiga kelas diadakan bagi mereka yang menyambut hari jadi pada bulan April hingga Julai. Walaupun sederhana namun murid-murid semuanya seronok apabila sama-sama dapat meraikan bersama rakan-rakan sebaya. Sama-samalah kita berdoa agar murid-murid yang dirai akan menjadi anak yang soleh dan solehah, berjayadi dunia dan di akhirat serta menjadi insan yang disegani apabila dewasa kelak. Amin.....

Friday, April 15, 2011

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SK KALUMPANG 2011


Tanggal 14.04.2011 (Khamis), Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan Sukan Tahunnya. Pelbagai acara diadakan seperti larian 50m (lelaki dan  perempuan), 50x4m (lelaki, perempuan dan campuran), 25mx4 (lelaki, perempuan dan campuran) dan empat acara sukaneka. Alhamdulilah, Hari Sukan Prasekolah SK Kalumpang berjalan dengan lancar walaupun pada awal paginya hujan namun selepas pukul 8.00 pagi cuaca terus cerah sebgai tanda menyokong aktiviti ini.
            Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah atas sokongan yang diberikan, guru-guru dan AJK Pelaksana kerana menjalankan tugas dengan cemerlang dan ibu bapa-ibu bapa atas sumbangan yang diberikan.

Thursday, November 18, 2010

Majlis Konvokesyen Pra SK Kalumpang 2010

Penyampaian Sijil dan Hadiah
Tarian Toleh Menoleh
Senamrobik
Pakaian beragam - Hang Tuah
Pakaian beragam - Rockers
Pakaian beragam - Gadis Kimono
Pakaian beragam - Puteri Cilik
Pakaian beragam - Pak Lebai
Pakaian beragam - Gadis dan Bunga
Action Song
Persembahan Nasyid


Tanggal 10 November 2010 yang lalu berlangsunglah Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Kalumpang 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Azizah bt. Adam (GPK Pentadbiran) sebagai penghormatan sebelum beliau bersara pilihan pada akhir tahun ini. En. Mohd Zaki b. Yusof (Pegawai Prasekolah PPDHS) turut hadir sebagai tetamu jemputan.

Beberapa persembahan telah dipertonton kepada para tetamu yang hadir yang membabitkan penglibatan kesemua murid prasekolah.

Thursday, July 29, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR




Pada 28 hb Julai, 2010 (Rabu) baru-baru ini, Prasekolah SK Kalumpang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Destinasinya adalah Petrosains dan Zoo Negara. Seramai 5 orang guru, 3 orang PPM dan 36 orang murid prasekolah yang terlibat.















                                    Wajah ceria yang tak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan.....

Beratur sebelum masuk ke dalam Petrosains
Cuba menghasilkan buih dengan menggunakan pelbagai medium.

Menguji kepantasan membaling bola ke sasaran.
Mia dipanggil naik ke pentas.
'Passing the slime game'.

 Berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan ke Zoo Negara.


 Cikgu-cikgu dan PPM pun nak posing jugak.....

Bersedia untuk balik.....


Alahai.....lentok habis.
Masing-masing kepenatan.