Tuesday, February 22, 2011

LATIHAN SUKANEKA

Bagi elok-elok ye Azlin. Jangan jatuhkan... Kerjasama dan kesefahaman adalah penting dalam kerja berpasukan.
Acara sukaneka mampu meningkatkan keyakinan diri murid untuk mencuba walaupun pada mulanya takut untuk mencuba.
Sabar menunggu giliran.
Acara melontar pundi kacang ke dalam bakul.

Warming up sebelum latihan sukaneka.
Latihan sukaneka murid-murid prasekolah SK Kalumpang telahpun bermula. Dalam setiap sukaneka dimasukkan kemahiran-kemahiran tertentu contohnya membaling pundi kacang ke dalam bakul, membawa bola di atas kon dan leret bola dengan gelung. Di samping itu acara-acara larian juga diadakan seperti lari 50m, lari 25m berganti-ganti dan lain-lain lagi.

HARI JADI NAZIRATUL

Naziratul the birthday girl
Mmm.... sedapnya kek Naziratul.
Rakan-rakan sekelas menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You'
Selamat hari jadi yang ke 5 tahun kepada Naziratul pada tanggal 22 Februari 2011. Semoga berjaya dalam pelajaran serta menjadi anak yang solehah. Terima kasih kepada ibu bapa Naziratul atas sumbangan kek harijadi dan makanan kepada murid-murid Pra Dahlia.

Thursday, November 18, 2010

Majlis Konvokesyen Pra SK Kalumpang 2010

Penyampaian Sijil dan Hadiah
Tarian Toleh Menoleh
Senamrobik
Pakaian beragam - Hang Tuah
Pakaian beragam - Rockers
Pakaian beragam - Gadis Kimono
Pakaian beragam - Puteri Cilik
Pakaian beragam - Pak Lebai
Pakaian beragam - Gadis dan Bunga
Action Song
Persembahan Nasyid


Tanggal 10 November 2010 yang lalu berlangsunglah Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Kalumpang 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Azizah bt. Adam (GPK Pentadbiran) sebagai penghormatan sebelum beliau bersara pilihan pada akhir tahun ini. En. Mohd Zaki b. Yusof (Pegawai Prasekolah PPDHS) turut hadir sebagai tetamu jemputan.

Beberapa persembahan telah dipertonton kepada para tetamu yang hadir yang membabitkan penglibatan kesemua murid prasekolah.

Wednesday, November 3, 2010

Sesi Fotografi 2010


Sesi fotografi 2010 telah diadakan pada 13.10.2010 yang lalu sebagai kenangan murid-murid prasekolah 2010 bersama Pn. Azizah bt. Adam (PK Pentadbiran), Tn. Hj. Hamdan b. Bustan (PK Kokurikulum), guru-guru prasekolah dan PPM.

Friday, October 15, 2010

BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010

Guru-guru pengiring dan wakil-wakil daerah Hulu Selangor bergambar bersama En. Mohd Zaki b. Yusof

Nasreen Sobirah (kiri) bersama kawan barunya, Insyirah (Pra SK Sg. Buaya)

Pada 6-8 Oktober yang lalu, seorang murid prasekolah SK Kalumpang iaitu Nasreen Sobirah telah mewakili daerah Hulu Selangor bersama-sama dengan 9 orang murid daripada beberapa sekolah di Hulu Selangor. Pn. Norma juga telah dipilih sebagai seorang daripada 5 orang guru pengiring.

Pasukan Bahasa Melayu menerima kata-kata perangsang daripada guru pengiring.

English Team waiting for their turn.
 Setiap daerah diwakili oleh 10 orang murid, dibahagi kepada 2 pasukan iaitu Pasukan Bahasa Malaysia dan Pasukan Bahasa Inggeris dengan syarat wajibnya setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid bukan melayu dan 3 orang murid melayu atau bumiputera.

Pn. Norma mewakili daerah Hulu Selangor menerima sijil penyertaan.
 Walaupun daerah Hulu Selangor tidak mendapat tempat tiga teratas namun penglibatan dalam aktiviti ini telah memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna kepada murid-murid yang terlibat serta guru-guru pengiring. Murid-murid kita juga telah menunjukkan penglibatan yang aktif semasa program tersebut dijalankan. Program Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Selangor 2010 telah dimenangi oleh daerah Petaling Perdana (pertama), Kuala Selangor (kedua) dan Sepang (ketiga). Daerah Hulu Selangor berkongsi tempat dengan Petaling Utama. SEMOGA HULU SELANGOR AKAN LEBIH CEMERLANG TAHUN HADAPAN....INSYALLAH.

          

Tuesday, August 24, 2010

BULAN KEMERDEKAAN

Banner "KAMI ANAK MALAYSIA"

Bergambar kenangan dengan banner.

Sedang mengecop tangan
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, murid-murid prasekolah tidak ketinggalan mengadakan aktiviti. Antaranya ialah membuat banner "KAMI ANAK MALAYSAI" yang mempunyai cop tangan kesemua murid pra. Beberapa aktiviti lain akan menyusul.